bg-image
Tuesday, 06 February 2018 16:44

Energy Efficiency Challenge 2018

Energy Efficiency Challenge atau EE Challenge merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertujuan untuk:-

  1. Membudayakan amalan kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik di kalangan pelajar dan warga kerja sekolah supaya tenaga elektrik sentiasa digunakan dengan bijak dan berhemah.
  2. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga kerja sekolah mengenai kepentingan dan manfaat amalan kecekapan dan penjimatan tenaga kepada kehidupan seharian dan alam sekitar.

Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2014 di mana ia terbuka kepada sekolah-sekolah menengah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Acara ini telah diadakan dengan jayanya pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun 2016, di mana ia telah dibuka kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk pertandingan bagi tahun 2018, pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sehubungan itu pihak sekolah yang berminat boleh menghantar borang pendaftaran sebelum atau pada 07 Mac 2018 dengan menggunakan borang pendaftaran yang asal. Ikuti laman di bawah untuk maklumat lanjut:

Terma dan syarat pertandingan 
Borang Pendaftaran EE Challenge 2017

EE2018 poster

Click here

Read 350 times Last modified on Tuesday, 06 February 2018 17:01