bg-image

Prestasi SARFI Bagi Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia

Penjelasan Peta SARFI

1.    Definisi SARFIx
System Average RMS Frequency Index (SARFIx) adalah indeks bagi kejadian kualiti kuasa yang digunakan untuk mengukur prestasi kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang berlaku dalam sistem bekalan elektrik TNB. Ia merupakan purata kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang direkodkan oleh setiap alat perakam yang dipasang pada sistem bekalan elektrik TNB. ‘x’ adalah tahap-tahap bagi SARFI yang dilihat dalam nilai peratus ‘voltage sag/voltage dip’ berbanding nilai nominal (100%).

Lebih tinggi nilai SARFI, lebih banyak kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang berlaku dalam sistem bekalan elektrik.

2.    Contoh Pengiraan
Nilai SARFI diperolehi dengan menggunakan formula berikut (contoh bagi SARFI90 dan SARFI80 sahaja) :

         2.1    SARFI90 (TNB)
                       Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 90% dalam TNB
                                                       Bilangan alat perakam bagi seluruh TNB

        2.2    SARFI90 (setiap negeri)
                       Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 90% dalam negeri
                                                   Bilangan alat perakam bagi negeri tersebut

               Nota: Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip bawah 90% adalah termasuk semua kejadian antara voltan RMS 90% gfgfdgfdgsehingga voltan 0%

        2.3    SARFI80 (TNB)
                       Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 80% dalam TNB
                                                         Bilangan alat perakam bagi seluruh TNB

        2.4    SARFI80 (setiap negeri)
                       Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 80% dalam negeri
                                                     Bilangan alat perakam bagi negeri tersebut

                  Nota: Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip bawah 80% adalah termasuk semua kejadian antara voltan RMS 80% gfgfdgfdgdsehingga voltan 0%

3.    Hasil tambah SARFI setiap negeri tidak akan memberikan nilai SARFI TNB kerana ada kejadian voltage sag/voltage dip yang sama direkod oleh beberapa negeri. Votlage sag/voltage dip ini dikira sebagai 1 kejadian sahaja jika digunakan dalam pengiraan SARFI TNB.

4.    sarfi1 Nilai dalam kolum ini adalah nilai kumulatif dari bulan di bahagian atas hingga bulan di bahagian bawah.

5.    Nombor dalam peta Malaysia adalah bilangan alat perakam bagi setiap negeri.

 


Prestasi SARFI Berdasarkan Bulanan Mengikut Negeri

Arkib

SARFI 2013
SARFI 2014
SARFI 2015
SARFI 2016