bg-image

Mengenai Suruhanjaya Tenaga

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Suruhanjaya Tenaga (ST) bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.


Beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002, ST telah mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, yang dibubarkan pada tarikh yang sama.

Tanggungjawab ST adalah seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berikut:

•    Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2010
•    Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] seperti dipinda pada 2015
•    Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] seperti dipinda pada 2016
•    Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 seperti dipinda pada 2014
•    Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
•    Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
•    Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008
•    Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997
•    Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006