Newsroom
Press Releases 20 June 2025

Jadual Elektrik Baharu Kulim Hi-Tech Park Berkuatkuasa Mulai 1 Julai 2025

Jadual Elektrik Baharu Kulim Hi-Tech Park Berkuatkuasa Mulai 1 Julai 2025

Putrajaya, 20 Jun 2025 – Suruhanjaya Tenaga (ST) ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan tarif elektrik baharu di Kulim Hi-Tech Park yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation - IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Perubahan tarif elektrik di Kulim Hi-Tech Park bagi Tempoh Regulotari Ketiga (Regulatory Period 3 – RP3) ini, merangkumi pengemaskinian komponen-komponen berikut:
(i) kadar purata tarif asas;
(ii) jadual tarif; dan
(iii) kadar Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

Kadar tarif asas bagi tempoh RP3 disemak semula dan ditetapkan pada kadar purata 43.08 sen/kWj berbanding 43.26 sen/kWj pada bulan Disember 2024. Sehubungan itu, jadual tarif telah dikemaskini dengan pelarasan kadar skim Time of Use (TOU) bagi kategori N6 dan N8. Selain itu, kadar ICPT juga ditetapkan pada 6.52 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2025 bagi pengguna domestik dengan penggunaan melebihi 1,500 kWj dan semua pengguna bukan domestik.

Pelaksanaan dan khidmat sokongan bagi pengguna

Jadual tarif baharu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 dan diselaraskan dalam bil elektrik bermula penggunaan bulan Julai 2025. Perincian kadar serta kategori baharu (jika berkaitan) boleh disemak dengan pihak utiliti elektrik. Bagi tujuan ini:

Komitmen Suruhanjaya Tenaga

Sebagai badan kawal selia tenaga di Semenanjung, ST komited untuk memastikan pelaksanaan tarif berdasarkan prinsip adil, telus dan mampan bagi memenuhi keperluan dan mengimbangi kepentingan semua pengguna tenaga. Penstrukturan dan penyelarasan secara menyeluruh ini merupakan langkah penting bagi merealisasikan serta memperkukuh agenda peralihan tenaga negara yang saksama dan inklusif.

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.