Lightning Protection System

Siapakah yang boleh dilantik untuk melakukan penilaian Risk Assessment, reka bentuk, penyeliaan & penyiapan, pengujian dan penyelenggaraan SPK?

"Butiran mengenai orang yang boleh dilantik mengikut kategori kerja adalah seperti berikut:"
  Kerja-kerja Orang yang boleh dilantik
1.
Risk Assessment Mana-mana orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan Risk Assessment.  Laporan Risk Assessment tersebut hendaklah mendapatkan pengendorsan daripada Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan elektronik berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
2.
 Reka Bentuk Mana-mana orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan reka bentuk SPK. Reka bentuk tersebut hendaklah mendapatkan pengendorsan daripada Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan elektronik berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

 
3.
Penyeliaan dan Penyiapan Pepasangan

Mana-mana kerja berkaitan pemasangan SPK dalam sesuatu pepasangan,

  • yang menerima bekalan fasa tunggal, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga
  • dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga

dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai itu hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan (Borang G, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Bagi maksud yang dinyatakan pada perkara 3.1 dan perkara 3.2, Pendawai yang dinyatakan hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

 

4. 
Pengujian

Apabila siap kerja pemasangan SPK sesuatu pepasangan,

  • yang menerima bekalan fasa tunggal, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga,
  • dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa, pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai Sekatan Fasa Tiga,

yang diberi kuasa untuk menguji pepasangan tersebut, dan hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian (Borang H, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)

Bagi maksud yang dinyatakan pada perkara 4.1 dan 4.2, Pendawai yang dinyatakan hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

 

5. 
Penyelenggaraan

Penjaga jentera kategori sekurang-kurangnya A0 (Kategori Sistem Voltan Rendah (Tanpa Talian Atas dan Stesen Janakuasa))