‹
Laman utama
Permohonan Kegunaan Persendirian
Borang ST(PE)4 (Pindaan 2008)
Borang ST (PE)4 (Pindaan 2008) adalah borang rasmi bagi individu yang mengimport peralatan elektrik terkawal untuk kegunaan peribadi. Muat turun borang tersebut dan kemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga sebagai permohonan anda.
Prosedur Permohonan
- Borang ST(PE)4 (Pindaan 2008)
- Borang ST(PE)4 (Pindaan 2008) boleh dimuat turun melalui pautan di atas.
- Bahagian A, B, C, D dan E hendaklah dilengkapkan, yang mana berkenaan.
- Salinan kad pengenalan pemohon hendaklah disertakan.
- Bukti perjalanan seperti salinan pasport hendaklah disertakan.
- Dokumen lain yang berkaitan sebagai bukti seperti salinan invois, surat peletakan jawatan, surat pertukaran, surat kemenangan hadiah dan lain-lain hendaklah disertakan.
- Pemohon perlu mengemukakan tiga (3) salinan Borang ST(PE)4 (Pindaan 2008), iaitu untuk pemohon, Kastam dan Suruhanjaya Tenaga.
- Hanya satu unit bagi setiap peralatan dibenarkan untuk dipohon melalui surat pengecualian peribadi.
- Peralatan elektrik yang diimport mestilah bersesuaian dengan kadar voltan dan frekuensi di Malaysia.
Bayaran
Tiada sebarang bayaran dikenakan
Tempoh Kelulusan
Permohonan yang lengkap akan diproses dan diluluskan pada tarikh permohonan, tertakluk kepada kelulusan Pengarah atau Ketua Unit Peralatan.