Newsroom
Press Releases 27 November 2024

ST Lupuskan 4,386 Barangan Rampasan Bernilai Lebih RM250 Ribu di Klang

ST Lupuskan 4,386 Barangan Rampasan Bernilai Lebih RM250 Ribu di Klang

Putrajaya, 27 November 2024 – Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya melupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia. Proses pelupusan ini melibatkan beberapa kes termasuk kes-kes di bawah:

i. Ops Curi Elektrik yang melibatkan 30 kertas siasatan,
ii. Ops Kelengkapan Elektrik yang melibatkan 10 kertas siasatan,
iii. Ops Gas yang melibatkan 1 kertas siasatan,
iv. Kes Kemalangan Elektrik yang melibatkan 27 kertas siasatan, dan
v. Aduan yang melibatkan 1 kertas siasatan.

Timbalan Pengarah Unit Penyiasatan ST, Ir. Nik Mohd Bakhry Abu Bakar telah hadir bagi menyaksikan proses pelupusan barangan rampasan tersebut di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam di Klang Central Industrial Park, Klang, Selangor pada hari ini.

Pelupusan barang rampasan ini dilakukan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang melibatkan 69 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.

ST telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste ini dilaksanakan secara lestari bagi mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pengurusan barangan rampasan ini melibatkan proses pengasingan (segregation) kepada beberapa kategori iaitu sisa terjadual (schedule waste), sisa yang boleh dikitar semula (recyclable waste) dan sampah (rubbish). Menurut pihak syarikat, barangan rampasan ini akan dihantar kepada pembeli serta ke fasiliti pemprosesan lengkap (full recovery facilities) berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan.

Untuk makluman lanjut berkenaan perkara ini, sila layari laman sesawang ST di www.st.gov.my atau hubungi kami di talian 03-8870 8500.

 

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.