Newsroom
Press Releases 19 February 2025

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Baharu

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Baharu

Putrajaya, 19 Februari 2025 – Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif ST yang baharu, Puan Siti Safinah Salleh bagi menggantikan Dato' Ir. Ts. Abdul Razib Dawood yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Januari 2025.

Pelantikan Puan Siti Safinah Salleh oleh YAB Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ini adalah dengan persetujuan YAB Perdana Menteri. Perkara ini telah diterima melalui pemakluman rasmi yang dikeluarkan oleh PETRA hari ini.

Puan Siti Safinah Salleh berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Perisian), Multimedia University; Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik), Universiti Teknologi Malaysia; dan Sarjana Pentadbiran Awam, Harvard University.

Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation sejak Februari 2021, yang merupakan sebuah agensi tujuan khas di bawah PETRA yang ditubuhkan untuk menyelaraskan pelaksanaan inisiatif pembaharuan industri bekalan elektrik Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan di Dana Pelaburan Strategik Malaysia, Khazanah Nasional serta merupakan Ahli Lembaga di VCAP Asset Managers. Pada awal kerjayanya, beliau juga pernah berkhidmat di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Telekom Malaysia Group.

ST mengalu-alukan kepimpinan Puan Siti Safinah Salleh untuk membawa agenda ST sebagai badan kawal selia pembekalan elektrik dan gas berpaip Semenanjung ke tahap yang lebih tinggi.

 

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.