Newsroom
Press Releases 31 December 2024

"Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) Baharu"

Putrajaya, 31 Disember 2024 – Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju dengan pelantikan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, 55 tahun, mempunyai pengalaman yang luas selama lebih 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam, pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. 

ST mengalu-alukan kepimpinan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri untuk membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi. ST juga mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Sementara ST.

***TAMAT***

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Veliana Ruslan/Hazwani Ghazali/Harith Safruddin
Unit Promosi dan Hubungan Luar
Tel: 03-8870 8753/019-2131978 (Veliana) / 011-28866271 (Hazwani) / 018-3822545 (Harith)
Emel: veliana@st.gov.my / noorhazwani@st.gov.my / harith@st.gov.my

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.