Pelarasan Tarif Elektrik Mulai 1 Januari 2025 Hingga 31 Disember 2027 Bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3: 2025 – 2027) Dan Pelaksanaan Mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025 Di Kulim Hi-Tech Park, Kedah
PELARASAN TARIF ELEKTRIK MULAI 1 JANUARI 2025 HINGGA 31 DISEMBER 2027 BAGI TEMPOH KAWAL SELIA KETIGA (RP3: 2025 – 2027) DAN PELAKSANAAN MEKANISME IMBALANCE COST PASS-THROUGH (ICPT) BAGI TEMPOH 1 JANUARI HINGGA 30 JUN 2025 DI KULIM HI-TECH PARK, KEDAH
PUTRAJAYA, 24 Disember 2024 – Kerajaan pada 13 Disember 2024 telah bersetuju supaya kadar tarif asas elektrik di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di bawah mekanisme Incentive Based Regulation (IBR) diselaraskan kepada 43.26 sen/kWj bagi tempoh kawal selia ketiga (Regulatory Period 3 – RP3) bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027. Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar tarif asas elektrik di KHTP bagi tempoh ini adalah semakan semula unjuran harga bahan api mengikut harga pasaran semasa dan pertambahan kos modal yang diperlukan untuk memastikan kualiti infrastruktur pembekalan elektrik yang semakin meningkat di KHTP terjamin dan berdaya harap.
Oleh yang demikian, Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah memuktamadkan jadual tarif baharu bagi tempoh RP3 kepada semua kategori pengguna di KHTP, iaitu jadual ini mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga (security, sustainability and affordability). Jadual tarif baharu ini akan dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2025.
Seterusnya, bagi pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025, Kerajaan telah bersetuju supaya ia dilaksanakan secara bersasar dengan menggunakan jadual tarif baharu bagi tempoh RP3 seperti berikut:
i. pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (≤1,500 kWj) tidak dikenakan sebarang surcaj;
ii. pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj) dan semua pengguna bukan domestik akan dikenakan surcaj pada kadar 7.57 sen/kWj; dan
iii. jumlah subsidi tampungan surcaj bagi tempoh ini akan dibiayai oleh Kerajaan sebanyak RM20 juta.
About The Energy Commission
The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.