"ST Akan Adakan Sesi Libat Urus Berkaitan Jadual Tarif Elektrik bersama Pemain Industri dan Komuniti Perniagaan"
PUTRAJAYA, 4 Februari 2025 – Suruhanjaya Tenaga (ST) merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan akan menyegerakan sesi libat urus bersama pemain industri dan komuniti perniagaan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berkaitan
jadual tarif elektrik ini.
Sesi libat urus ini bertujuan memperincikan lebih lanjut berkenaan proses pemuktamadan jadual tarif yang mengambil kira kepentingan serta respon daripada semua pihak termasuk pemain industri dan komuniti perniagaan. Sesi ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada pemain industri dan komuniti perniagaan untuk berkongsi serta mengetengahkan sebarang pandangan dan pendapat berkenaan jadual tarif elektrik yang bakal dimuktamadkan dan diumumkan oleh Kerajaan kelak.
Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan memastikan penentuan jadual tarif elektrik baharu tidak akan membebankan pengguna domestik yang memerlukan serta mengambil kira semua sudut ekonomi negara, selaras dengan jaminan bahawa majoriti rakyat tidak akan terjejas. Jadual tarif elektrik juga akan mencerminkan kos pembekalan
elektrik sebenar dan lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan trilema tenaga (security, sustainability and affordability).
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Veliana Ruslan/Hazwani Ghazali/Harith Safruddin
Unit Promosi dan Hubungan Luar
Tel: 03-8870 8753/019-2131978 (Veliana) / 011-28866271 (Hazwani) / 018-3822545 (Harith)
Emel: veliana@st.gov.my / noorhazwani@st.gov.my / harith@st.gov.my
***TAMAT***
About The Energy Commission
The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.