Newsroom
Press Releases 30 December 2025

ST Laksana Penarafan Bintang Kecekapan Tenaga Penyaman Udara Baharu bagi Tempoh 2026 Hingga 2029

ST Laksana Penarafan Bintang Kecekapan Tenaga Penyaman Udara Baharu bagi Tempoh 2026 Hingga 2029

Putrajaya, 30 Disember 2025 – Suruhanjaya Tenaga (ST) akan melaksanakan jadual penarafan bintang baharu bagi produk penyaman udara untuk tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2029, selaras dengan Guideline of Energy-Using Product yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2025. Pelaksanaan penarafan bintang baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan tenaga serta menggalakkan penggunaan produk elektrik yang lebih cekap dan mampan.

Di bawah jadual penarafan bintang baharu ini, nilai minima penarafan di bawah Standard Prestasi Tenaga Minima (Minimum Energy Performance Standard - MEPS) telah dikemaskini dan ditingkatkan. Penambahbaikan ini mengambil kira kriteria penarafan bintang yang telah diperketatkan bagi mencerminkan kemajuan teknologi dan piawaian kecekapan tenaga semasa yang lebih tinggi.

Dalam tempoh peralihan ini, akan terdapat produk penyaman udara di pasaran yang masih menggunakan label penarafan kecekapan tenaga yang lama. Ini adalah kerana pemakaian penarafan bintang baharu ini hanya terpakai kepada produk yang mengemukakan permohonan Perakuan Kecekapan Tenaga selepas 1 Januari 2026 dan seterusnya.

Manakala, produk yang telah memperoleh Perakuan Kecekapan Tenaga sebelum 1 Januari 2026 masih dibenarkan menggunakan label sedia ada sehingga tamat tempoh sah laku perakuan tersebut, selaras dengan mekanisme pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah panduan bagi pengguna yang ingin membeli penyaman udara:

  1. Sekiranya tahun yang tertera pada label penarafan kecekapan tenaga bagi penyaman udara adalah tahun 2026, maka jadual penarafan bintang pada label adalah berdasarkan jadual penarafan bintang yang baharu.
  2. Pengguna dinasihat memberi perhatian kepada maklumat yang tertera pada label penarafan kecekapan tenaga di penyaman udara, termasuk penggunaan tenaga dan tahun yang dipaparkan pada label.
  3. Sila imbas kod QR pada label tersebut bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai Perakuan Kecekapan Tenaga bagi penyaman udara tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ST di http://www.st.gov.my/eeca > Energy Using Product (EUP) atau hubungi ST melalui emel eup@st.gov.my.

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.