ST Lupuskan 1,224 Barangan Rampasan Bernilai Lebih RM100 Ribu di Sabah
ST Lupuskan 1,224 Barangan Rampasan Bernilai Lebih RM100 Ribu di Sabah
Putrajaya, 21 November 2024 – Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya melupuskan sejumlah 1,224 barangan rampasan bernilai lebih RM100,000 bagi kes-kes di Negeri Sabah. Proses pelupusan ini melibatkan beberapa kes termasuk kes-kes di bawah:
i. Ops Curi Elektrik yang melibatkan 5 kertas siasatan,
ii. Ops Kelengkapan Elektrik yang melibatkan 4 kertas siasatan, dan
iii. Kes Kemalangan Elektrik yang melibatkan 4 kertas siasatan.
Timbalan Pengarah Unit Penyiasatan ST, Ir. Nik Mohd Bakhry Abu Bakar telah hadir bagi menyaksikan proses pelupusan barangan rampasan tersebut di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam di Kota Kinabalu Industrial Park, Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini.
Pelupusan barang rampasan ini dilakukan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang melibatkan 13 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.
ST telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pengurusan e-waste dilaksanakan secara lestari, bagi mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Proses pengurusan barangan kes ini melibatkan pengasingan (segregation) antara sisa terjadual (schedule waste), sisa boleh dikitar semula (recyclable waste) dan sampah (rubbish). Menurut pihak syarikat, barangan ini akan dihantar kepada pembeli dan ke fasiliti pemprosesan lengkap jadual (full recovery facilities) berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan.
Untuk makluman lanjut berkenaan perkara ini, sila layari laman sesawang ST di www.st.gov.my atau hubungi kami di talian 03-8870 8500.
About The Energy Commission
The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.