Newsroom
Press Releases 08 April 2024

ST Nasihat Orang Ramai Utamakan Keselamatan Elektrik dan Gas di Musim Perayaan

ST Nasihat Orang Ramai Utamakan Keselamatan Elektrik dan Gas di Musim Perayaan

Putrajaya, 8 April 2024 – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) ingin mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas dengan mengamalkan pesanan-pesanan keselamatan berikut:

Keselamatan Elektrik

  1. Pastikan pendawaian elektrik di rumah selamat dengan cara:
    a. Uji Peranti Arus Baki (PAB) dengan menekan butang uji ‘T’ sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jika PAB berfungsi dengan baik, ia akan terpelantik dan bekalan elektrik akan terputus serta-merta; dan
    b. Dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST untuk menggantikan PAB sekiranya PAB tidak berfungsi.
  2. Selain daripada itu, sila pastikan:
    a. Wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah sebelum digunakan;
    b. Guna kelengkapan elektrik dan lampu hiasan dengan label keselamatan ST-SIRIM;
    c. Tangan dalam keadaan kering semasa menggunakan kelengkapan elektrik; dan
    d. Suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti.
  3. Elak bebani soket dengan menggunakan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau dengan beban yang tinggi.
  4. Elak menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik.
  5. Elak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

Keselamatan Gas

  1. Pastikan dapur gas memasak selamat dengan cara:
    a. Guna perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM;
    b. Peka dengan kewujudan bau kebocoran gas di kawasan dapur memasak; dan
    c. Mengadakan bukaan pengudaraan secukupnya di kawasan dapur memasak dengan membuka tingkap atau pintu ketika memasak.
  2. Sekiranya mengesan bau gas, pastikan langkah berikut diambil:
    a. Buka tingkap atau pintu untuk galakkan pengudaraan di kawasan tersebut;
    b. Jangan buka atau tutup suis di kawasan tersebut;
    c. Jangan membawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau “spark” berhampiran di kawasan dapur memasak; dan
    d. Cari kebocoran gas dengan menggunakan Alat Pengesan Kebocoran Gas atau buih sabun dan baiki dengan segera.
  3. Jangan tinggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.
  4. Dapatkan perkhidmatan kontraktor gas yang berdaftar dengan ST untuk sebarang kerja pembaikan gas berpaip di rumah.
  5. Pastikan injap silinder gas ditutup sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti.

About The Energy Commission

The Energy Commission (Suruhanjaya Tenaga - ST) is a regulatory body responsible for regulating the energy sector, particularly the electricity and piped gas supply industries in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. The Energy Commission ensures that the provision of electricity and piped gas to consumers is secure, reliable, safe and reasonably priced.