Feedback

Saya mendapati bil elektrik pada bulan ini sangat tinggi berbanding bulan lepas.

Bil elektrik yang tinggi boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Antara punca yang boleh menyebabkan bil elektrik yang tinggi adalah seperti yang berikut:


• Penambahan peralatan elektrik baru di rumah
• Penggunaan peralatan elektrik dalam tempoh yang lama
• Tempoh bacaan bil elektrik yang telah melebihi 31 hari
• Bil elektrik anggaran yang diselaraskan selepas bacaan meter sebenar
diperolehi
• Meter elektrik rosak (peratusan ralat kejituan meter melebihi 3%)


Sekiranya ingin mendapatkan kepastian, pengguna boleh menghubungi pemegang lesen untuk menyemak punca peningkatan bil elektrik tersebut. Jika bil elektrik yang tinggi adalah disebabkan oleh meter elektrik rosak, pemegang lesen perlu menggantikan meter pengguna dan menyelaras semula bil elektrik pengguna