Saya hanya menerima bil anggaran daripada pemegang lesen.
Berikut adalah antara hal keadaan yang bacaan meter tidak dapat dilaksanakan:
• pagar berkunci;
• pintu berkunci;
• pemilik premis atau agennya tidak memberi kebenaran masuk;
• premis dikawal anjing yang garang dan tidak berantai;
• meter dihalang daripada penglihatan biasa;
• cermin meter tidak bersih, tidak jelas atau kabur disebabkan perbuatan
pengguna;
• keadaan yang berada di luar kawalan pemegang lesen seperti bencana semula
jadi, laluan premis dihalang disebabkan rusuhan, kekecohan dan mogok; atau
• apa-apa keadaan lain yang membahayakan keselamatan pemegang lesen.
Dalam hal keadaan tersebut, pemegang lesen boleh mengeluarkan bil anggaran
kepada pengguna berdasarkan sejarah dan rekod penggunaan elektrik yang lepas.
Pengguna dikehendaki menghubungi pemegang lesen dengan segera untuk
mendapatkan bacaan meter sebenar.