Saya dapati bil elektrik kedai saya pada bulan ini dikenakan surcaj angkadar kuasa oleh pemegang lesen.
Surcaj angkadar kuasa boleh dikenakan oleh pemegang lesen sekiranya nilai
angkadar kuasa di pepasangan adalah kurang daripada 0.85 bagi pembekalan
elektrik di bawah 132kV. Nilai angkadar kuasa yang rendah menunjukkan tahap
penggunaan elektrik di pepasangan adalah tidak cekap dan telah berlakunya
pembaziran elektrik. Lazimnya, hal keadaan ini adalah berpunca daripada
penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai banyak beban indutif motor seperti
enjin pemampat angin.
Pengguna perlu menghubungi mana-mana kontraktor elektrik yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Tenaga bagi mendapatkan pandangan untuk meningkatkan
nilai angkadar kuasa di pepasangan mereka.
Senarai kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga boleh
diperolehi daripada laman sesawang ECOS ST berikut:
https://ecos.st.gov.my/senarai-kontraktor-elektrik-berdaftar