Feedback

Adakah ‘alat jimat tenaga’ (ESD) diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga?

Suruhanjaya Tenaga tidak pernah meluluskan apa-apa ‘alat jimat tenaga’ (ESD)
kerana kajian mendapati bahawa alat tersebut tidak mengurangkan bil elektrik
dengan ketara seperti yang didakwa oleh penjual.
Untuk menjimatkan tenaga, Suruhanjaya Tenaga menggalakkan pengguna
mengamalkan penggunaan tenaga elektrik yang cekap selain mengutamakan
produk cekap tenaga berdasarkan kepada taraf bintang label cekap tenaga
Suruhanjaya Tenaga.