Feedback
Amaun tuntutan kerugian hasil yang dituntut oleh pemegang lesen adalah tinggi. Bagaimanakah amaun tersebut ditentukan?
Amaun tuntutan kerugian hasil ditentukan oleh pemegang lesen berdasarkan
kepada beberapa faktor antaranya jenis usikan, cara pengiraan, tempoh masa
tuntutan, nilai perbezaan antara bacaan sebenar dan terkurang, dan lain-lain.
Dalam hal ini, pemegang lesen perlu mematuhi Panduan Prosedur Tuntutan
Kerugian Hasil ketika membuat tuntutan dari pengguna. Pengguna boleh
menghubungi pemegang lesen bagi mendapatkan penjelasan tentang perincian
pengiraan.
Kaedah tuntutan kerugian hasil juga boleh dirujuk dalam Bab 5 Buku Panduan
Prosedur Tuntutan Kerugian Hasil oleh Pemegang Lesen yang dikeluarkan oleh
ST.
Feedback
Saya mendapati bil elektrik pada bulan ini sangat tinggi berbanding bulan lepas.
Tempoh bacaan bil elektrik di rumah saya telah melebihi 31 hari dan menyebabkan cajnya tinggi.
Saya hanya menerima bil anggaran daripada pemegang lesen.
Saya tidak menerima bil elektrik daripada pemegang lesen.
Saya dapati bil elektrik kedai saya pada bulan ini dikenakan surcaj angkadar kuasa oleh pemegang lesen.