Feedback

Bekalan elektrik di rumah selalu terputus, dan begitu juga pemutus litar utama sering terpelantik.

Pengguna boleh menghubungi pemegang lesen untuk mengenal pasti sama ada
sistem bekalan elektrik yang dihantar ke rumah tersebut adalah berada dalam
keadaan baik atau sebaliknya. Jika punca bekalan elektrik terputus adalah
disebabkan oleh voltan masukan yang tidak stabil atau tinggi, pemegang lesen
perlu membaiki atau menambahbaik sistem bekalan elektrik tersebut untuk
mengelakkan daripada kejadian yang sama berulang.
Walau bagaimanapun, sekiranya semakan pemegang lesen mendapati bahawa
voltan masukan berada dalam keadaan yang baik, pemutus litar utama yang sering
terpelantik atau bekalan elektrik yang sentiasa terputus berkemungkinan berpunca
daripada kerosakan pada peralatan elektrik atau sistem pendawaian dalaman
rumah.

Dalam hal ini, pengguna perlu menghubungi mana-mana kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian dalaman rumah. Senarai kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga boleh diperolehi dari laman sesawang ECOS ST berikut: https://ecos.st.gov.my/senarai-kontraktor-elektrik-berdaftar